Sunday 18 May 2014

TERMA DALAM FOTOGRAFI


Memulakan langkah pertama dalam bidang fotografi bukan sesuatu yang boleh di pandang mudah. Mungkin ramai yang tahu mengambikl gambar, tetapi adakah ramai yang tahu mengambil gambar dengan bermutu dan berkualiti serta mempunyai ciri-ciri profesional? Hal ini memerlukan bakat serta latihan yang mantap bagi melahirkan seseorang yang mahir mengambil gambar. Ada segelintir yang hanya menganggap ianya sebagai hobi, manakala ada juga yang menganggap sebagai satu pekerjaan.

Sebagai memulakan langkah pertama, mari saya kongsikan beberapa terma yang tidak lagi asing daripada bidang fotografi ini.


Eksposur



Eksposur merupakan jumlah paparan cahaya yang diterima oleh sensor kamera dalam satu pemotretan. Jikalau paparan cahaya yang diterima oleh kamera terlalu banyak atau terlalu lama,, hasil foto akan menjadi terlalu terang (over exposure) dan juga sebaliknya. Pada masa kini, boleh di katakan semua kamera telah mempunyai dan dilengkapi dengan pengukur cahaya yang akan mengatur eksposur secara automatik bagi memperoleh hasil yang memberangsangkan. 

Berikut merupakan beberapa contoh hasil gambar berkaitan eksposur:

 


Aperture

Aperture merujuk kepada pembukaan lensa kamera. Ia merupakan bukaan yang di kawal oleh diafragma di mana kemasukan cahaya ke dalam kamera di kawal. Sesetengah saiz aperture boleh di ubah dan ada juga yang tidak. Semakin besar saiz aperture, semakin banyak cahaya yang masuk ke dalam lensa. Aperture turut memberi impak kepada ‘depth of field’ , di mana semakin kecil saiz aperture, semakin besar zon ketajaman foto yang diambil. Manakala semakin besar saiz aperture, semakin berkurangan zon ketajaman tersebut. 






‘Rule of Thirds’

‘Rule of thirds’ atau di kenali sebagai aturan sepertiga merupakan petunjuk di mana kita harus meletakkan objek di sepertiga bahagian foto supaya bersesuaian dengan situasi sebenar yang menggambarkan objek tersebut. Aturan sepertiga ini menyatakan bahawa tempat perletakan optima subjek utama berada di salah satu antara empat kawasan di mana terdapatnya garisan yang bersilang. Tidak kira di bahagian mana pun komposisi foto anda, sama ada menegak atau melintang, aturan sepertiga ini masih boleh di aplikasikan semasa mengambil gambar.



Komposisi

Komposisi adalah susun atur sesebuah elemen semasa ingin mengambil gambar. Terdapat beberapa elemen utama dalam komposisi iaitu ‘Rule of Thirds’, latar belakang, pola, garis dan pembingkaian.





Shutter speed

Ukuran waktu shutter di kamera terbuka semasa mengambil gambar. Dalam fotografi, kita perlu menetapkan shutter speed yang sesuai mengikut keadaan persekitaran agar foto yang di ambil adalah yang terbaik. 



Depth of Field. (DOF)
 
DOF bermaksud medan atau ruang yang berada di dalam zon fokus dalam imej. Ia sangat berkait rapat dengan Aperture dan juga Panjang Focal sesebuah lensa yang di gunakan serta jarak antara sensor dengan objek. DOF sangat berguna jika kita ingin memanipulasi penegasan dalam foto yang ingin kita ambil. Penghasilan DOF yang kecil (shallow) akan menjadikan latar belakang yang kabur atau blur.


 


Balance

‘Balance’ di istilahkan sebagai perletakan warna, bahagian terang dan gelap serta objek yang berlainan saiz di dalam sesebuah foto bagi menghasilkan keadaaan yang harmoni dan seimbang. Ia turut merupakan salah satu aspek yang penting kerana dengan adanya ‘balance’ , sesebuah foto yang di ambil itu akan kelihatan hidup dan memberi kesan yang nyata.



 


11 comments:

  1. info yg sgt diperlukan utk photographer, blh pelbagaikan lg info such as tips pjagaan kamera dll :) tq

    ReplyDelete
  2. Huraian yang mantap....tetapi banyak kan contoh gambar yang ada hubangan dengan huraian supaya pembaca lebih faham....terima kasih...info menarik

    ReplyDelete
  3. Saya dapat lihat kesemua contoh-contoh yang ditulis di sini boleh membantu Photographer Amatur dan Beginner dalam mengenali lebih mendalam akan erti penggunaan DSLR yang benar. Kadang kala, walaupun mereka menggunakan DSLR terbaik di masa itu sekalipun, jikalau Tekniknya tidak betul atau tidak diketahui, penggunaan sesebuah DSLR itu akan menjadi terhad dan mengekang penggunaan DSLR yang lebih luas, menarik dan kreatif :)

    ReplyDelete
  4. Info yang menarik untuk dikongsi bersama. Terima kasih atas info-info ini.

    ReplyDelete
  5. terbaikla ili...info yg bleh dgunakan oleh semua...tq..

    ReplyDelete
  6. Huraian yang baik. Teruskan !

    ReplyDelete
  7. pemilihan gambar yang sangat baik .. teruskan usaha.. :) be a photograper with full esthetic value :D

    ReplyDelete
  8. baru tau ada terma2 dalam fotografi..kalau selfie tu kategeri apa ye ili?huuhuhuh

    ReplyDelete
  9. penkongsian ilmu yang amat berguna. tahniah

    ReplyDelete
  10. perkongsian menarik..terbaik

    ReplyDelete